Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian hadir pada Majlis Pelancaran Universiti Teknologi Sarawak (UTS) Smart Home and UTS Home Book di sini semalam.Foto TVS.

Kemenangan besar penting untuk GPS tuntut lebih banyak untuk Sarawak

SIBU, 13 Okt : Kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini sangat penting kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk menghantar isyarat jelas kepada Kerajaan Persekutuan, kata Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

Beliau yang juga Timbalan Premier Sarawak berkata, isyarat yang dimaksudkan ialah kesungguhan Sarawak untuk ‘melawan’ serta menuntut haknya yang masih belum ‘dikembalikan’ setakat ini.

Mengambil contoh pembentangan Bajet 2023 baru – baru ini, Dr. Sim berkata, ramai yang tidak berpuas hati terhadap agihan yang diberikan kepada Sarawak.

“Saya juga tidak gembira (dengan Bajet 2023) kerana daripada keseluruhan, kita (Sarawak) hanya mendapat RM5.4 bilion sahaja.

“Ini tidak memenuhi aspirasi untuk membangunkan Sarawak,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Majlis Pelancaran Universiti Teknologi Sarawak (UTS) Smart Home and UTS Home Book di sini semalam.

Bajet tidak seimbang, PRU15 jadi penentu

Sehubungan itu, tegas Dr. Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, PRU-15 sangat penting bagi GPS yang akan bertanding kali pertama menggunakan logo sendiri.

“Dengan memastikan GPS memenangi kesemua 31 kerusi Parlimen, suara Sarawak akan lebih lantang dalam mengembalikan hak kita terutama berkaitan cukai,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan