KUCHING, 13 Okt: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak kekal 33 orang.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan setakat pagi ini, dua PPS masih dibuka melibatkan daerah Subis di bahagian Miri.
Baca artikel barkaitan:
“Lima mangsa daripada dua keluarga berlindung di PPS Dewan Masyarakat Sepupok Niah manakala 28 mangsa daripada lapan keluarga berada di PPS Dewan Masyarakat Bekenu,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, sebuah PPS di Kapit iaitu Asrama Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) yang dibuka pada 9 Okt lepas telah ditutup pada 11 Okt. -TVS