Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ACP Zulkipli Suhaili menerima bot sumbangan Dato Sri Tiong King Sing yang diserahkan Teo Boon Siew. Foto TVS.

Polis tagih kerjasama masyarakat memastikan PRU-15 aman

SIBU, 13 Okt: Polis memohon kerjasama masyarakat agar proses Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan dalam suasana aman.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata pihaknya sentiasa memantau perkembangan semasa yang berlaku dalam kalangan masyarakat setempat.

“Kami sudah bersedia untuk menghadap pilihan raya dan akan menjalankan tugas kami dengan sewajarnya,” katanya pada majlis penyerahan bot sumbangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong Dato Sri Tiong King Sing di Balai Polis Lanang di sini, hari ini. Tiong diwakili Pengerusi PDP Dudong, Kaunselor Teo Boon Siew.

 Mengenai banjir, Zulkipli berkata pihaknya telah membuat persiapan rapi menghadapinya.

 “Kami bersedia menghadapi banjir. Kami juga bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan seperti bomba, Angkatan Pertahanan Awam dan Rela dalam operasi banjir,” jelasnya.

Sementara itu, Teo berkata sebuah bot beserta enjin sangkut yberharga RM17,000 itu disumbang atas permintaan Zulkipli.

“Memandangkan Sibu mudah dilanda banjir terutama pada musim tengkujuh dan kadang-kadang jalan tidak boleh dilalui kenderaan kecil, jadi kami terpaksa menggunakan bot untuk menjalankan khidmat bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan,” katanya.

PDP Dudong, katanya mempunyai tiga bot yang digunakan untuk menghantar bantuan makanan kepada penduduk di kawasan Salim-Stabau yang dinaiki air dua hingga tiga kaki. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan