Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah. Foto TVS

Serah kebijaksanaan SPR tentukan tarikh PRU-15

ByMuqri Aziz

KOTA SAMARAHAN, 13 Okt: Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Fatimah Abdullah percaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bijak dalam menentukan tarikh-tarikh sesuai berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menurutnya, SPR sudah pasti akan memilih tarikh penamaan calon dan pengundian sesuai bagi semua lapisan masyarakat agar mereka dapat menunaikan tanggungjawab demokrasi.

“Biarlah SPR yang menentukan. Mereka pasti tahu dari segi keperluannya dan pasti memilih tarikh yang terbaik. 

“Ada orang mengatakan mungkin (tarikh tertentu) tidak sesuai bagi kumpulan ini, kumpulan ini pula memilih tarikh ini mungkin tidak sesuai. 

“Jadi untuk memenuhi kehendak semua pihak, ia tidak mudah,” katanya kepada pemberita ketika merasmikan penutupan Simposium Kebangsaan Kesejahteraan Psikologi 2022 di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini pada Rabu.

Parlimen dibubarkan berkuat kuasa 10 Oktober. SPR akan bermesyuarat bagi menentukan tarikh-tarikh penting PRU-15. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan