Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Calon dinasihatkan tidak guna isu sensitif ketika kempen – Abdullah

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 12 Okt : Calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dinasihatkan supaya lebih bertanggungjawab ketika berkempen.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Abdullah Saidol berkata, beliau juga berharap agar calon juga tidak menggunakan isu agama dan perkauman ketika berkempen.

“Ini kerana berkempen cara itu (menggunakan isu sensitif) boleh memecahkan perpaduan di kalangan rakyat, menimbulkan buruk sangka dan fitnah,” katanya kepada TVS, hari ini.

Sementara itu, Abdullah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) berkata, meskipun PRU hanya berlaku untuk tempoh lima tahun sekali, namun kesannya dikhuatiri boleh berpanjangan jika isu sensitif diungkit.

Dalam pada itu katanya, bakal calon juga disaran untuk menunaikan janji dan bersikap lebih realistik dalam memenuhi aspirasi pengundi mereka.

“Kita tidak dapat melahirkan seorang wakil rakyat bertaraf wali namun ingin melihat yang ikhlas dan bersungguh bagi memastikan rakyat yang diwakili menerima manfaat yang lebih baik,” katanya.

PRU15: Calon perlu lebih beretika, bertanggungjawab

Menurut Abdullah, pada era ini, Sarawak memerlukan lebih ramai pemimpin yang tegas dan berani memperkenalkan perkara baharu bersesuaian keperluan politik semasa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan