Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan kereta di Papar pada Selasa malam. Foto: IPD Papar

Penunggang motosikal maut, rempuh belakang kereta

PAPAR, 12 Okt: Seorang penunggang motosikal maut apabila motosikalnya merempuh sebuah kereta di KM31, Jalan Lama Papar, Pan Borneo, KM 31 Jalan Lama Papar, Kota Kinabalu pada Selasa malam.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata lelaki berumur 20 tahun itu menunggang seorang diri dari arah Kota Kinabalu menuju ke Kampung Limauan, Kinarut dalam kejadian kira-kira pada pukul 7:30 malam.

“Siasatan awal menunjukkan sebuah Perodua Kancil dari arah Papar yang dipandu oleh lelaki berusia 63 tahun secara tiba-tiba membuat pusingan-U sebelum memasuki lorong motosikal tersebut dalam keadaan cuai dan tergesa-gesa.

“Jarak yang terlalu dekat mengakibatkan mangsa tidak dapat mengelak dari merempuh kenderaan tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Papar.

Kamaruddin berkata setibanya polis di lokasi, pemandu Kancil tiada di lokasi kejadian dan meninggalkan kenderaannya di bahu jalan.

“Pihak polis kemudian menjejaki anak kepada pemandu dan difahamkan beliau telah membawa bapanya ke klinik swasta berhampiran untuk rawatan.

Pemandu berkenaan dirujuk ke wad kecemasan Hospital Papar akibat tekanan darah tinggi dan lemah jantung, namun siasatan diteruskan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan