Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Felow Kanan Majlis Profesor Negara, Dato Dr Jeniri Amir. Foto TVS.

Calon usia 20-an hingga 30-an bakal ditampilkan GPS?

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 11 Okt : Felow Kanan Majlis Profesor Negara, Dato Dr Jeniri Amir menyambut baik hasrat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang mahu menampilkan 30 peratus calon muka baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

Jeniri berkata, langkah itu merupakan strategi untuk meyakinkan pengundi terutama di kawasan yang gagal dimenangi pada PRU-14.

Kata beliau, calon baharu yang bakal ditampilkan itu perlu mempunyai ‘usia yang sesuai’ selain mengambil kira faktor pengundi muda yang ramai.

“Saya ingin lihat calon di Sarawak kali ini berusia dalam lingkungan 20-an hingga 30-an kerana kita mempunyai pengundi berusia 18 tahun yang ramai, dianggarkan sekitar 7 juta di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS selepas menjadi tetamu Program Malaysia Decides terbitan stesen televisyen ini di sini hari ini.

Jeniri mengulas kenyataan Naib Presiden PBB, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah yang GPS dan partinya akan meletakkan calon baharu di kerusi yang gagal dimenangi sebelum ini pada PRU-15.

Mengulas lanjut, beliau berkata, langkah itu logik namun bakal calon bukanlah terdiri daripada mereka yang pernah bertanding namun kalah.

“(Pengecualian) boleh diberikan jika bekas calon (yang tewas) namun telah bekerja bersungguh-sungguh sepanjang tempoh lima tahun yang lalu,” katanya.

Mengenai kemampuan calon muda, ahli akademik itu berkata, parti tidak boleh meletakkan calon secara sebarangan namun perlu mengambil kira pebagai faktor.

“Bakal calon baharu itu juga mesti mempunyai kewibawaan dan memahami aspirasi rakyat jika mahu memenangi hati pengundi,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan