Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Roland Sagah Wee Inn bercakap dalam sidang media di sini hari ini. Foto TVS.

Ramalan cuaca buruk tidak jejaskan pengundi Serian tunai tanggungjawab

ByMuqri Aziz

KUCHING, 11 Okt : Cuaca buruk yang diramal berikutan musim tengkujuh dijangka tidak menghalang pengundi di Serian untuk keluar menunaikan tanggungjawab masing – masing pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini, kata Datuk Roland Sagah Wee Inn.

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, mengambil kira situasi bencana di kawasan itu sebelum ini, banjir akan cepat surut.

“Di Serian, saya berasa tidak jadi masalah kerana banjir biasanya akan surut dalam tempoh satu atau dua hari,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Asia ke-12 mengenai Bakteria Asid Laktik (ACLAB12) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Roland Sagah yang juga Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kebimbangan hari pengundian PRU-15 yang dijangka akan berlangsung pada musim banjir berdasarkan ramalan.

Sementara itu, Roland Sagah yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat berkata, beliau yakin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai perancangan tersendiri jika situasi menjadi lebih buruk.

“Namun demikian, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, agak susah untuk meramalkan cuaca dengan tepat berikutan perubahan iklim, jadi kita sendiri tidak pasti sama ada hujan atau tidak ketika tempoh pengundian,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan