Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemindaan Perlembagaan Malaysia berhubung jumlah kerusi parlimen bagi Sabah dan Sarawak perlu dibuat sejurus terbentuknya kerajaan persekutuan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke -15. Foto TVS

Abdul Karim yakin golongan muda memihak kepada GPS

ByOdleen Catherny

KUCHING, 11 Okt : Golongan pengundi muda berumur 18 tahun dijangka memihak kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Ini adalah berdasarkan trend Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12, katanya sambil menegaskan GPS tidak akan berhadapan masalah dalam mendapatkan undi golongan berkenaan.

“Semasa PRN-12 yang lepas, kita juga ada pemilih dari golongan muda walaupun mereka bukan dari lingkungan usia 18 tahun.

“Saya percaya mereka akan bersama dengan kita (GPS). Insya-Allah,” katanya ketika ditemui selepas menjadi tetamu jemputan Program Sejahtera Asia terbitan TVS di sini, hari ini.

Abdul Karim yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawanan Sarawak menjelaskan lanjut, mereka yang berumur 21 hingga 30 tahun juga tergolong dalam kategori pengundi muda, justeru mustahil penilaian mereka berubah drastik kerana perbezaan umur tidak terlalu jauh dengan yang berumur 18 tahun.

Beliau yakin golongan itu akan mampu menilai dan membuat keputusan dengan baik.

“Meskipun belum terdedah dengan dunia politik, golongan ini boleh menganalisis kerana mereka ini golongan terpelajar.

“Mereka juga boleh menghadiri ceramah politik yang ada dilaksanakan bagi memastikan keputusan yang baik dapat dicapai,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau menyangkal kenyataan yang mendakwa golongan itu sebagai golongan pemberontak.

“Tidak. Bagi saya golongan muda ini sebenarnya adalah golongan cerdik pandai yang boleh membuat pandangan, pemikiran dengan cara mereka sendiri dan saya sungguh berharap bahawa mereka ini akan membuat keputusan yang baik,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan