Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika ditemu bual pada Program Sejahtera Asia TVS di Kuching hari ini.

Hari Belia 2022: Pengiktirafan kepada sumbangan belia terhadap pembangunan negara

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 11 Okt : Sebagai kumpulan yang penting dalam agenda pembangunan negara, golongan belia wajar diberikan pengiktirafan dan penghargaan, kata Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menurutnya, pengiktirafan dan penghargaan kepada golongan pelapis boleh diterjemahkan menerusi sambutan Hari Belia kerana negara amat memerlukan pelapis berwibawa dalam memastikan kesejahteraan dan keharmonian terus terjamin.

“Golongan belia amat penting dalam meneruskan agenda kerajaan dan masyarakat yang akan mewarisi kepimpinan negara. Saya tidak mahu negeri ini diwarisi oleh mereka yang tidak dapat memimpin kemajuan negara,” katanya ketika ditemui selepas menjadi tetamu undangan pada Program Sejahtera Asia terbitan TVS di sini, hari ini.

Di Sarawak, Sambutan Hari Belia 2022 akan diadakan empat hari bermula 19 hingga 22 Oktober ini di Dataran Perayaan, Petra Jaya yang akan dirasmikan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Dengan tema ‘Belia Peneraju Masa Depan’, pelbagai aktiviti menarik diatur termasuk karnival usahawan. Tiga anugerah akan disampaikan iaitu Tokoh Belia Kategori Lelaki, Tokoh Belia Kategori Wanita dan Tokoh Belia Kategori Persatuan.

Pengunjung juga akan disajikan dengan persembahan teater, Simfoni Orkestra Sarawak dari artis tanah air antaranya Aiman Tino, Amir Ukays dan Ara Johari.

Hari Belia 2022: Pengiktirafan buat belia

Seramai 10,000 pengunjung dijangka akan hadir sepanjang sambutan itu nanti. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan