Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Permohonan sebagai pemerhati PRU-15 dibuka hari ini

ByNurul Amarlina

KUCHING, 11 Okt: Permohonan sebagai pemerhati bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dibuka bermula hari ini hingga 21 Oktober susulan pembubaran Parlimen berkuat kuasa pada Isnin.

Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak menerusi kenyataan media berkata pemerhati dibenarkan untuk membuat pemerhatian bagi proses-proses pilihan raya seperti proses penamaan calon, berkempen, mengundi awal, proses mengundi dan pengiraan undi dan penjumlahan undi sehinggalah pengisytiharan keputusan pilihan raya.

Baca artikel berkaitan: SPR akan adakan mesyuarat khas tentukan tarikh PRU15

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen Penggal Ke-14 pada Isnin.

Permohonan sebagai pemerhati yang mewakili organisasi adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. 

Bagi mereka yang berminat, sila layari Portal SPR di alamat https://www.spr.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memuat turun borang permohonan. 

Semalam, Ikmalrudin berkata pihak SPR akan mengadakan mesyuarat khas bagi berbincang dan menentukan tarikh-tarikh penting PRU-15.

Sementara itu, permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi PRU-15 juga telah dibuka. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan