Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gasing mendapat perhatian di Saratok pada 2019 setelah diperkenalkan semula oleh sekumpulan individu sebagai sukan riadah waktu petang. Foto: Mohammed Raffiq (TVS)

Permainan gasing kian diminati di Saratok

ByAmirah Shawel

SARATOK, 11 Okt: Usaha untuk menghidupkan semula permainan tradisional seperti gasing dilihat semakin mencabar dalam kalangan masyarakat yang kini didampingi kemajuan teknologi.

Permainan gasing mendapat perhatian di Saratok pada 2019 setelah diperkenalkan semula oleh sekumpulan individu sebagai sukan riadah waktu petang.

Sejak itu, menurut pemain gasing tempatan, Awg Mohd Arif Awg Ahmad masyarakat Saratok tertarik untuk menjadikan permainan itu sebagai aktiviti riadah.

Baca artikel berkaitan: Saratok manfaatkan peruntukan RM200 juta untuk projek rakyat

Katanya, kini daerah itu memiliki lima padang khas gasing dengan anggaran seramai 200 orang yang aktif bermain gasing.

“Selalunya apabila kami membuka penyertaan untuk pertandingan, sekurang-kurangnya 30 hingga 40 pasukan yang ingin mendaftar dengan empat ke lima orang dalam satu pasukan itu.

“Bukan sahaja dalam kalangan remaja tetapi juga kanak-kanak dan otai-otai di kawasan ini,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri Pertandingan Pangkak Gasing Saratok baru-baru ini.

Gasing memiliki sistem permainan tersendiri dengan memangkah gasing secara berkumpulan yang dikenali sebagai pangkak adan.

Jelas Arif, dua kumpulan yang terlibat akan bergilir menjadi penghidang dan pemangkah atau ‘pemangkak’ dengan empat orang yang beraksi dalam satu pasukan.

“Empat orang pertama akan menghidang gasing dalam petak permainan kemudiannya pengadil akan memberi arahan kepada pemangkak untuk memangkah secara selang seli,” katanya.

Antara faktor permainan tradisional itu menjadi sukan pilihan penduduk di kawasan tersebut adalah kerana tidak memerlukan kos yang tinggi untuk bermain dan bersifat praktikal.

Gasing dan tali boleh diperoleh pada harga sekurang-kurangnya RM30 sahaja dan dimainkan di mana-mana kawasan yang bertanah.

Dalam pada itu, sukan tradisional tersebut dilihat berjaya memupuk semangat kekitaan dan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat di Saratok. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan