Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud memberikan sumbangan kepada penerima pada Majlis Jamuan Teh yang diadakan bersempena Sambutan Perayaan Hari Lahir Tuan Yang Terutama yang berlangsung di Miri hari ini. Foto Awang Azmil TVS.

150 orang terima sumbangan di Majlis Jamuan Teh sempena ulang tahun Tun Taib

BySalasiah Safian

MIRI, 9 Okt : Seramai 150 orang menerima sumbangan pada Majlis Jamuan Teh yang diadakan bersempena Sambutan Perayaan Hari Lahir Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

100 orang menerima sumbangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak manakala 50 orang pula menerima bantuan disediakan oleh Raghad Foundation.

Penerima sumbangan JKM Sarawak yang terdiri daripada 54 penerima Skim Bantuan Warga Emas dan 46 penerima Skim Orang Kurang Upaya diberikan bantuan tunai serta barangan keperluan asas.

Seramai 50 orang pula menerima sumbangan daripada Raghad Foundation.

Sumbangan disampaikan oleh Tun Abdul Taib dan disaksikan oleh Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib hari ini.

Dalam pada itu, sekitar 500 jemputan telah memeriahkan majlis berkenaan yang dianjurkan di  Eastwood Valley Golf and Country Club.

Selepas bacaan doa, majlis diteruskan dengan upacara memotong pulut kuning oleh Tun Abdul Taib.

150 orang terima sumbangan sempena hari lahir TYT

Turut hadir Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, tiga Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Dato Sri Dr. Sim Kui Hian serta isteri masing-masing.

Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri-Menteri, dan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki turut hadir. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan