Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Punca yang menyebabkan mereka menjadi gelandangan adalah masalah keluarga (38 peratus), masalah kesihatan mental (33 peratus), tiada tempat tinggal (12 peratus), ketagihan minuman keras dan substans (10 peratus), dan dibuang kerja (5 peratus). Foto: TVS

513 gelandangan di Sarawak diselamatkan – Fatimah

MIRI, 8 Okt : Kerajaan negeri berjaya membantu seramai 513 gelandangan menerusi inisiatif yang digerakkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak.

Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, jumlah berkenaan merupakan gelandangan yang berjaya diselamatkan bagi tempoh 2016 hingga 2020.

Kata beliau, inisiatif itu akan terus dilaksanakan oleh Majlis Pembangunan Sosial Sarawak (MPSS) yang bekerjasama erat dengan beberapa agensi kerajaan negeri yang lain.

Kata beliau, sepanjang empat tahun, sebanyak 224 operasi menyelamat gelandangan dilakukan pihaknya merangkumi beberapa kawasan di Kuching, Miri, Bintulu dan Sibu.

“Kita juga telah mengenal pasti punca yang menyebabkan mereka menjadi gelandangan iaitu  masalah keluarga merupakan faktor utama sebanyak 38 peratus.

“Masalah kesihatan mental turut menyebabkan mereka terjerumus dengan kadar 33 peratus selain faktor tiada tempat tinggal, ketagih minuman keras, substans dan dibuang kerja,” katanya.

Isu gelandangan terus menjadi fokus kebajikan Sarawak.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir Mesyuarat Tempat Transit Gelandangan (TTG) Miri dan Perlantikan Ahli Lembaga Penasihat TTG di sini semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak), Datuk Rosey Yunus.

Fatimah berkata, usaha berkenaan penting dilaksanakan bagi meningkatkan kesejahteraan komuniti secara inklusif selain menangani kesan kepada kesihatan awam, keselamatan awam, kebersihan bandar dan pelancongan.

Sementara itu beliau memberitahu, kementeriannya menyasarkan untuk menubuhkan empat TTG di Kuching, Miri, Sibu dan Bintulu.

“Ini kerana kawasan – kawasan ini mempunyai jumlah gelandangan yang paling ramai di  Sarawak.

“Bangunan TTG Sibu yang diubahsuai dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sibu (MPS) sudah beroperasi sejak Disember 2021 manakala TTG Bintulu akan dibina dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) yang kini di peringkat perolehan melalui tender terbuka.

“Bagi TTG Kuching pula, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan mengubahsuai bangunan kedai yang telah disewa,” katanya.

Sementara di Miri pula kata Fatimah, tapak  TTG adalah lot di belakang Pejabat Residen dan Daerah Miri yang lama. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan