Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isterinya, Toh Puan Ragad Kurdi Taib bersama Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isterinya, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang pada Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa bersempena Sambutan Hari Lahir ke-86 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Miri, hari ini.

Insfrastruktur lengkap pemacu pembangunan ekonomi

BySalasiah Safian

MIRI, 8 Okt: Kerajaan Sarawak sedang melaksanakan pembangunan infrastruktur secara besar-besaran untuk memudahkan aktiviti ekonomi dan pelaburan, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, infrastruktur seperti jaringan jalan raya yang baik dan efisien amat mustahak untuk membangunkan ekonomi negeri ini dengan lebih pantas.

Ini memerlukan dana yang banyak, justeru bajet tahunan negeri dan persekutuan tidak mencukupi bagi membiayai kos membina jalan raya dan jambatan.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. Tun Taib buka ruang untuk Sarawak melangkah ke era pemodenan
  2. 2. PM dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Negeri Sarawak
  3. 3.1,500 hadiri majlis kesyukuran sempena hari ulang tahun Tun Taib

“Alhamdullilah, melalui pembiayaan alternatif dengan penubuhan Bank Pembangunan Sarawak atau DBOS, kerajaan dapat melaksanakan program untuk menyediakan infrastrukutur yang begitu penting untuk memacu aktiviti ekonomi negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa bersempena Sambutan Hari Lahir ke-86 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, di sini hari ini.

Beliau berkata lagi, tarif elektrik yang kompetitif juga antara faktor untuk menarik kemasukan pelabur asing ke negeri ini.

Pembiayaan alternatif rancakkan aktiviti ekonomi Sarawak.

“Dengan mengambil alih Empangan Hidro Elektrik  Bakun daripada Kerajaan Persekutuan pada 2018, Sarawak kini mempunyai kuasa penuh terhadap operasi penjanaan elektrik dan juga kuasa untuk menentukan tarif elektrik,” ujarnya.

Sementara itu, menyentuh berkenaan pembangun di Miri, beliau yakin ia akan terus rancak dengan peningkatan aktiviti industri minyak dan gas.

“Alhamdulillah. Shell yang sudah lama meninggalkan Miri kini kembali ke Miri dan pastikan akan merancakkan lagi aktiviti ekonomi di bandar ini.

“Rizab minyak di daratan masih terdapat di sekitar Bahagian Miri, terutamanya di Selatan Marudi yang akan diusahakan oleh Sarawak sendiri berdasarkan kuasa negeri ini di bawah OMO 1958,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan