Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendahului senarai penerima Darjah Kebesaran Negeri Sarawak bersempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun ke-86 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Foto: Bernama.

PM dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Negeri Sarawak

BySalasiah Safian

MIRI, 8 Okt: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendahului senarai penerima Darjah Kebesaran Negeri Sarawak sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Ke-86 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dianugerahkan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang, Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (D.P) yang membawa gelaran Datuk Patinggi.

Seterusnya, Tan Sri Dato Abang Iskandar Abang Hashim dan Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki dianugerahkan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Datuk Amar Bintang Kenyalang (D.A) membawa gelaran Datuk Amar.

PM dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Negeri Sarawak.

Selain itu, lima individu menerima Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Panglima Negara Bintang Sarawak (P.N.B.S) yang membawa gelaran Dato Sri ialah Dato’ Sri Fadillah Yusof, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain, Datuk Wahab Dolah, Datuk Abang Abdul Karim Tun Abang Haji Openg dan Datuk Wong Kie Yik.

Tujuh penerima dianugerahkan Darjah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) yang membawa gelaran Datuk iaitu Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Dr Annuar Rapaee dan Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datu Len Talif Salleh.

Turut menerima PGBK ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Dato Gerawat Gala; Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Datu Dr Penguang Manggil; Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti Dan Ombudsman) Dato’ Dr Juanda Jaya; Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Misnu Taha dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) Petronas Datuk Tengku Muhammad Taufik.

Sembilan belas individu dianugerahkan Darjah Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran Dato ialah Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau, Hakim Mahkamah Tinggi Kuching Dr Alwi Abdul Wahab, Madehi Kolek, Su’ut Suhaili, Sapuan Ahmad, Khaider Ahmad Zaidel dan Daniel Jubang Kanyan.

Turut dianugerahkan gelaran Dato ialah Ahli Lembaga Pengarah Sarawak Media Group Dr Jeniri Amir, Dr Anderson Tiong Ing Heng, Chia Chu Fatt, Nunong Dandan, Ivan Tan, Heng Hock Cheng, Sim Kheng Boon, Alhazmi Saeed Nowifea, Kolonel Bersara Fabian Wong Boon Soon, Amir Abdullah Shabaruddin, Georgina Apphia Ngau dan mendiang penghulu Imban Medah (Posthumost)

Selain itu, pingat Johan Bintang Sarawak dianugerahkan kepada empat penerima, lima penerima Johan Perkhidmatan Cemerlang, 22 penerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang, 28 Pegawai Bintang Sarawak, 67 penerima Pegawai Bintang Kenyalang dan 122 Pingat Perkhidmatan Bakti.

Pingat Ahli Bintang Sarawak pula dianugerahkan kepada 126 penerima, 95 Ahli Bintang Kenyalang, 184 Pingat Perkhidmatan Terpuji dan 149 Bentara Bintang Sarawak.

Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran diadakan di Miri, hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan