Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (tiga, kiri) meninggalkan Kementerian Kewangan untuk ke Parlimen bagi membentangkan Bajet 2023 pada Jumaat. Foto BERNAMA

Bajet 2023: RM10 bilion dana pinjaman disediakan bagi galak aktiviti automasi dan pendigitalan PKS

ByBernama

KUALA LUMPUR, 8 Okt : Sejumlah RM10 bilion dana pinjaman disediakan untuk menggalakkan aktiviti automasi dan pendigitalan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata langkah itu juga untuk menyokong agenda sekuriti makanan dan pemulihan sektor pelancongan.

“Selain pembiayaan mikro, kerajaan juga menyediakan pinjaman yang menyokong syarikat kecil dan sederhana.

“Melalui Bank Negara Malaysia, RM10 bilion dana pinjaman disediakan antaranya untuk menggalakkan aktiviti automasi dan pendigitalan PKS,” katanya ketika membentangkan Bajet 2023 bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Bersama’ di Dewan Rakyat, pada Jumaat.

Katanya bagi usahawan Bumiputera, kerajaan melalui TERAJU dengan dana RM135 juta akan menyediakan kemudahan pembiayaan sokongan antaranya di bawah Dana Kemakmuran Bumiputera.

Tengku Zafrul berkata sejumlah RM200 juta turut disediakan di bawah Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) bagi menyediakan pembiayaan dan program pembangunan keusahawanan untuk Bumiputera yang terlibat dalam sektor peruncitan dan pengedaran perdagangan.

Sebagai pelengkap kepada inisiatif pembiayaan, katanya kerajaan bercadang untuk melanjutkan pengecualian duti setem sebanyak 100 peratus ke atas perjanjian penstrukturan atau penjadualan semula pinjaman atau pembiayaan sehingga 2024. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan