JAKARTA, 7 Okt: Tiga pelajar maut dalam insiden tembok runtuh di sekolah MTSN 19, Pondok Labu, Cilandak, Jakarta Selatan pada Khamis.
Tembok sekolah runtuh dipercayai akibat banjir yang melanda kawasan itu sebelum para pelajar selesai sesi persekolahan.
Menurut Ketua Badan Pengurusan Bencana (BPBD) Jakarta, Isnawa Adji kejadian berlaku ketika sekolah berkenaan mula banjir.
“Tembok pemisah sekolah tiba-tiba runtuh. Dipercayai ia berpunca kerana tembok itu diseret banjir dan kemudian runtuh,” katanya. – TVS