Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman. Foto: TVS

Lembaga Pengarah LHDN: Wakil Sarawak dapat mengetahui kedudukan kewangan negara

KUCHING, 6 Okt: Kelulusan Kabinet Persekutuan melantik wakil dari Kerajaan Sarawak dan Sabah sebagai anggota Lembaga Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membolehkan mereka mengetahui sepenuhnya kedudukan kewangan negara.

Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak Fazzrudin Abdul Rahman yang berkata demikian, menambah ini akan membolehkan Sarawak menuntut jumlah geran khas yang sesuai berlandaskan hak dan undang-undang seperti yang termaktub di bawah Perkara 112(D) Perlembagaan Persekutuan.

“Keputusan ini juga atas semangat rakan kongsi seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di mana Sarawak dan Sabah harus mempunyai pengetahuan penuh tentang kedudukan kewangan negara,” katanya menerusi kenyataan media pada Rabu.

Menurutnya, Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa berjuang agar hak-hak negeri di bawah MA63 dikembalikan.

“Ini adalah komitmen kami untuk memulihkan hak negeri yang terhakis, di mana kejayaan terbaru ini merupakan pencapaian penting bagi Kerajaan Sarawak,” ujarnya.

Beliau juga berkata ini mampu memulihkan status Sarawak dan Sabah sebagai rakan kongsi setara dalam Persekutuan.

“Saya menyeru rakyat  agar terus bekerjasama dengan kerajaan negeri GPS pimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk meneruskan perjuangan menuntut hak yang terhakis kepada Sarawak,” katanya.

Terdahulu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan kelulusan kabinet terhadap cadangan peruntukan seorang wakil dari setiap Kerajaan Negeri Sarawak dan Kerajaan Negeri Sabah sebagai anggota lembaga pengarah LHDN.

Baca di sini > > > Kabinet lulus cadangan wakil Sarawak dan Sabah sebagai anggota lembaga pengarah LHDN

Menurutnya, kelulusan pada 30 September itu membabitkan pindaan kepada Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 [Akta 533]. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan