Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Dr. Stephen Rundi Utom ketika sesi pertemuan bersama delegasi dari Pejabat Persuruhjaya Tinggi New Zealand di Bangunan DUN Sarawak. Foto: TVS

Sarawak terus pacu usaha transformasi sektor pertanian

https://youtu.be/p2QVVd9ZF38KUCHING, 5 Okt : Kerajaaan Sarawak akan terus memacu transformasi sektor pertaniannya yang dikenalpasti berpotensi untuk menyumbang pendapatan tinggi kepada negeri.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, bagi merealisasikan hasrat berkenaan, Sarawak terlebih dahulu perlu berupaya mencipta rantaian bekalan yang lengkap bagi sektor pertanian dan industri makanannya.

“Ini memberi isyarat bahawa sektor pertanian memerlukan satu pelan transformasi yang menyeluruh  untuk meningkatkan sumbanganya kepada pertumbuhan pendapatan keluaran dalam negara kasar  (KDNK) Sarawak.

“Bagi saya ianya haruslah transformasi secara holistik terhadap komuniti dalam sektor pertanian di Sarawak sama ada berskala besar atau kecil,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan deligasi dari Pejabat Pesuruhjaya  Tinggi New Zealand di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Stephen Rundi berkata, Sarawak masih memerlukan penambahbaikan dalam aspek berkenaan.

Mengulas mengenai Tahap Sara Diri (SSL) sektor pertanian, beliau menjelaskan Sarawak ketika ini mencapai tahap 38 peratus dan mensasarkan untuk mencapai 60 peratus.

”Sarawak turut menyasarkan untuk menjadi pengeksport makanan utama.

“Walaupun sasaran itu agak tinggi namun saya optimis ianya mampu dicapai kerana keutamaan diberikan kepada isu berkaitan keselamatan makanan untuk memastikan kemampanan industri agromakanan di sini,”katanya.

Tingkat penggunaan teknologi dalam sektor pertanian

Beliau memberitahu, Sarawak sebelum ini berjaya meningkat pengeluaran produk dalam sektor perladangan kelapa sawit dan percaya perkara sama juga boleh dilakukan untuk tanaman lain.

Sementara itu Stephen Rundi berkata, Sarawak sentiasa terbuka untuk berkerjasama dengan negara-negara yang lebih maju dalam sektor pertanian termasuk isu berkaitan keselamatan makanan sebagai persiapan awal sekiranya belaku krisis makanan dunia pada masa hadapan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan