Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang mencari pendekatan untuk menyelesaikan isu kantin di sekolah dengan jumlah pelajar yang ramai. Foto: BERNAMA

KPM cari pendekatan menyeluruh selesai isu kantin di sekolah padat

ByBernama

PUTRAJAYA, 4 Okt: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang mencari pendekatan untuk menyelesaikan isu kantin di sekolah dengan jumlah pelajar yang ramai, sehingga sesetengah sekolah terpaksa menjadualkan lima sesi waktu rehat, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.

Beliau berkata sekolah dengan jumlah murid yang ramai, tidak dapat menampung bilangan murid yang datang secara serentak dan memerlukan beberapa sesi, sehingga ada sesetengah sekolah yang terpaksa melaksanakan sesi rehat sebanyak lima kali.

Bercakap kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 9 (2) di sini hari ini, Radzi berkata situasi tersebut terjadi kerana sekolah yang mengalami kepadatan murid tetapi kantinnya hanya mampu menampung kapasiti asal, yang ruangnya tidak ditingkatkan selari dengan peningkatan kapasiti murid.

“Ada sekolah sebab kantin tidak dapat memenuhi keperluan untuk menempatkan murid sewaktu masa rehat maka sesi rehat dilaksanakan antara tiga hingga lima kali, menyebabkan waktu rehat di sesetengah sekolah bermula terlalu awal pada pukul 8.30 pagi. Kalau terlalu awal, selang masa antara rehat hingga kembali ke rumah itu panjang,” katanya.

Ditanya jika KPM akan mempertimbangkan kebenaran murid makan dalam bilik darjah terutama mereka yang membawa bekal dari rumah, Radzi berkata perkara itu memerlukan pemantauan yang menuntut penggunaan sumber manusia.

Katanya kaedah itu pernah dilaksanakan sewaktu pandemik COVID-19 sedang memuncak, namun isu kantin itu memerlukan satu penyelesaian menyeluruh dan kekal untuk menangani situasi berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan