Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto: TVS (David Andreas)

Indonesia tubuh pasukan petugas khas siasat rusuhan bola sepak

ByTVS

JAKARTA, 4 Okt : Kerajaan Indonesia menubuhkan pasukan petugas khas bagi menangani kes rusuhan bola sepak yang mengorbankan 125 nyawa dan 323 orang cedera di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur pada Sabtu (1 Oktober).

Diketuai oleh Menteri Penyelaras Politik, Undang-Undang dan Keselamatan Mahfud MD, pasukan itu ditubuhkan menerusi satu mesyuarat pada Isnin susulan arahan Presiden Indonesia Joko Widodo.

Menurutnya, mereka akan memastikan segala tindakan diambil bagi membantu mempercepatkan siasatan.

“Tugas kita akan cuba sedaya upaya menyelesaikan (siasatan) ini dalam dua hingga tiga minggu dan akan mendedahkan kebenaran yang berlaku,” katanya pada satu sidang media.

Sehingga kini, kerajaan memberi keutamaan terhadap rawatan mangsa yang cedera dan memberikan bantuan kepada waris terkorban.

Dunia dikejutkan dengan peristiwa yang merupakan antara tragedi paling buruk dalam dunia bola sepak.

Kejadian dipercayai berpunca kemarahan penyokong tuan rumah Arema FC apabila mereka yang tidak berpuas hati mencereboh padang dan menimbulkan kekecohan sehingga polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan