Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kedua individu terbabit berusia dalam lingkungan awal 20-an ditahan selepas mereka berhenti di tepi jalan kawasan Pasaraya MDS sekitar jam 11.00 malam. Foto: IPD Sibu

Dua remaja bermotosikal tunjuk ‘aksi handal’ di Sibu dicekup polis

SIBU, 1 Okt : Dua remaja lelaki ditahan selepas menunggang motosikal secara berbahaya di Jalan Awang Ramli Amit di sini, semalam.

Mereka berdua yang berusia dalam lingkungan awal 20-an ditahan selepas berhenti di tepi jalan berhampiran sebuah pasar raya pada pukul 11 malam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, kedua -duanya dikesan melakukan tunggangan dengan cara menundukkan badan yang membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

“Mereka disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Dalam operasi sama, katanya sebanyak 225 buah kenderaan telah diperiksa manakala sebanyak 47 saman atas pelbagai kesalahan trafik dikeluarkan.

Sementara itu, seorang lelaki telah ditahan di sebuah pusat hiburan di Sungai Merah kerana memiliki satu paket plastik lutsinar berisi 15 biji pil warna ungu disyaki dadah jenis estacy dengan anggaran berat 5.23 gram.

Menurut Zulkipli, suspek berusia 32 tahun disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan