Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pengambilalihan Semula Lebuh Raya Dibangkitkan Di Dewan Rakyat Hari Ini

ByEekbal Yusuf

KUALA LUMPUR: Isu berkaitan rundingan semula pengambilalihan konsesi lebuh raya di negara ini oleh pihak kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya antara perkara dibangkitkan pada  persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, isu itu terkandung dalam sesi soal jawab lisan diajukan oleh Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Padang Terap) kepada Menteri Kanan Kerja Raya.

Dalam pada itu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Bersatu-Tambun) meminta Perdana Menteri menjelaskan status permohonan projek naik taraf jeti penumpang Pulau Pangkor serta perkembangan mengenai permohonan pemendekkan tempoh duty free Pulau Pangkor dari 48 jam ke 24 jam.

Selain itu, Nor Azrina Surip (PH-Merbok) meminta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan langkah agresif promosi pelancongan terhadap Tapak Arkeologi Sungai Batu.

Bagi isu kesihatan, Fuziah Salleh (PH-Kuantan) memohon penjelasan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkaitan status kerjasama kementerian itu dengan Kementerian Kesihatan bagi menangani isu gejala asap rokok sekunder atau ‘Secondhand Smoke’ dalam kalangan ibu bapa.

Usai sesi itu, perbahasan berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 berkenaan Belanjawan 2021 diteruskan untuk hari yang kesembilan sebelum penggulungan oleh menteri berkenaan.

Sidang Dewan akan berlangsung selama empat jam sehari iaitu mulai 10 pagi hingga 2 petang setiap Isnin hingga Khamis, selain mengehadkan hanya 80 Ahli Parlimen – 41 pihak kerajaan serta 39 pembangkang dan Bebas – yang dibenarkan berada di dalam dewan pada satu-satu masa.

Peraturan itu diperkenalkan sebagai langkah berjaga-jaga berikutan penularan wabak COVID-19.

Menurut takwim Dewan Rakyat, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 akan berlangsung selama 27 hari sehingga 15 Dis.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan