Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto: SukanSarawak

Jonathan Nyepa juara pecut 100m di Kejohanan Olahraga Terbuka Asia Tengah 2022

ByDamia Amani

KUCHING, 28 Sept: Anak kelahiran Bumi Kenyalang, Jonathan Nyepa berjaya meraih pingat emas dalam acara lari pecut lelaki 100 meter di Kejohanan Olahraga Terbuka Asia Tengah 2022 yang telah berlangsung di Samarkand, Uzbekistan pada 25 September lepas.

“Syukur puji kepada Tuhan dan saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada ibu-bapa saya dan saudara saya yang telah mendoakan kejayaan saya.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada jurulatih saya yang selama ini telah banyak membantu saya dari awal sampai sekarang, walaupun beberapa bulan kebelakangan ini saya terpaksa berlatih sendiri tanpa pemantauan beliau disisi. Akhir sekali, kepada semua yang telah memberi sokongan dan ucapan tahniah kepada saya, anda semua memang terbaik,” ucap beliau menerusi hantaran di laman Instragamnya pada Rabu.

Jonathan telah mengalahkan rakan sepasukannya, Khairul Hafiz Jantan yang menduduki tempat kedua setelah mencatat masa 10.50 saat diperingkat akhir.

Khairul adalah bekas pemegang rekod acara 100m kebangsaan dan juga pemenang pingat emas 100m di Sukan SEA Kuala Lumpur pada tahun 2017.

Pencapaian Jonathan ini sekaligus telah mengharumkan nama Malaysia dan juga Sarawak.

Kejohanan antarabangsa ini turut disertai lebih 230 orang atlet dari tujuh negara dalam pelbagai acara balapan dan padang yang telah berlangsung pada 24 hingga 25 September 2022. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan