Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Van Toyota Hiace dengan muatan minuman keras serta rokok putih yang dirampas polis. Foto: IPD Miri

Lelaki tempatan ditahan bawa barangan tanpa cukai kastam

MIRI, 27 Sept : Lima anggota Unit Risikan Marin (URM) Markas Taktikal Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Miri, Sarawak, telah menahan seorang lelaki tempatan ketika menjalankan Op Kontraban di sini semalam.

Penahanan dibuat pada jam 12.30 tengah hari ketika suspek sedang memandu van putih jenis Toyota Hiace di Jalan Utama Pujut Padang Kerbau berhadapan Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan Miri.

Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Alexson Naga Chabu, lelaki tersebut membawa barangan rokok putih dan minuman keras tanpa cukai kastam.

“Berdasarkan hasil pemeriksaan, suspek tersebut didapati membawa muatan seperti empat kotak rokok putih jenama Canyon Red, Diesel Premium Red dan Diesel Premium Green, dan 31 kotak minuman keras jenama King William, Black Label Whisky, Parandy, Vodka Apple Green, Vodka Apple Red, Sunday WSJ Whisky dan Vodka Nanas tanpa cukai kastam,” katanya.

Van Toyota Hiace yang disita bernilai kira-kira RM12,000 manakala minuman keras serta rokok putih bernilai RM32,256.66, untuk menjadikan nilai rampasan keseluruhan sebanyak RM44,256.66.

“Suspek telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967,” tambah Alexson.

Semua barang rampasan dan suspek telah diserahkan kepada Pegawai Penyiasat dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Miri untuk siasatan dan tindakan selanjutnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan