Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Fatimah Abdullah melihat simulasi statistik jumlah mangsa banjir yang dilaporkan menerusi papan maklumat di PPS yang dibuka bagi pemindahan mangsa banjir. Foto: TVS

JKM aktifkan 25 pangkalan hadapan , 627 PPS sebagai persiapan hadapi banjir

SERIAN, 26 Sept : Sebanyak 25 pangkalan hadapan dan 627 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dipersiapkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak sebagai persediaan jabatan itu untuk berhadapan dengan kemungkinan banjir susulan perubahan tiupan angin Monsun Timur Laut.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kemudahan tersebut disediakan bagi mebolehkan bantuan serta pemindahan mangsa banjir atau bencana dapat digerakkan dengan segera.

Katanya, penempatan PPS dan pangkalan hadapan dipilih berdasarkan data lokasi sering berlaku bencana serta kemudahan akses jalan perhubungan yang boleh digunakan untuk sampai ke kawasan terlibat dengan segera bagi menyalurkan bantuan ketika berlakunya bencana banjir.

“Saya bagi contoh, di Mukah, di Nangga Bauh tidak ada jalan yang menghubungkan Mukah ke Nangga Bauh dan pengangkutan masih bergantung kepada jalan air, jadi tempat seperti ini pengangkutan akan mengambil masa.

“Maka dengan itu diwujudkan pangkalan hadapan di kawasan rumah panjang itu sendiri supaya sekiranya kawasan rumah panjang itu dinaiki air dan mereka terputus bekalan makanan maka simpanan makanan yang ada di situ akan diagihkan dengan segera kepada penduduk di sekitar kawasan tersebut,” katanya.

Menurut Fatimah, JKM juga turut memastikan setiap bekalan di pangkalan hadapan tersebut mencukupi mengikut jumlah penduduk yang berisiko banjir serta makanan yang mempunyai jangka hayat melebihi enam bulan.

Beliau juga menjelaskan bahawa kapasiti bagi setiap PPS yang telah digazetkan sudah ditentukan awal bagi mengelakkan berlaku kesesakan serta masalah kekurangan bekalan asas seperti tilam serta selimut.

“Ini akan kita bekalkan dari depoh berskala besar di Samarahan. Mereka juga telah bersiap sedia memastikan tilam, bantal semua mencukupi untuk keseluruhan mangsa banjir yang kita telah anggarkan di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi dinaiki air ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program Latih Amal dan Simulasi Pengurusan Pusat Pemindah Sementara peringkat Sarawak di sini.

Fatimah berkata, ketika ini Sarawak mempunyai satu depoh bekalan berskala besar yang terletak di Samarahan serta tiga lagi depoh bekalan mini yang bertindak menyediakan kesemua bekalan untuk menghadapi risiko banjir di negeri itu.

“Selain itu, seramai seramai 1,971 sukarelawan JKM juga sudah bersedia untuk digerakkan bagi memberikan bantuan ketika berlakunya bencana banjir itu nanti,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan