Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto: TVS

IPD Kuching siap sedia hadapi musim tengkujuh

KUCHING, 27 Sept : Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia menghadapi musim tengkujuh tahun ini dalam memastikan kelancaran bantuan ke lokasi yang terjejas akibat banjir.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superintenden Merbin Lisa berkata pihaknya telah membuat persiapan rapi termasuk persediaan aset serta anggota pasukan selain perancangan awal sebelum musibah berlaku.

“Pegawai dan anggota IPD Kuching berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi di dalam menghadapi musim tengkujuh ini yang turut meliputi aset pasukan untuk digerakkan pada bila-bila masa jika berlaku kejadian banjir.

“Kita juga membuat penambahbaikan berdasarkan kejadian yang pernah berlaku sebelum ini agar tindak balas PDRM akan menjadi lebih bersedia dan cekap di dalam menghulurkan bantuan ke lokasi dan kepada mangsa banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sewaktu Majlis Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Daerah Kuching di Padang Kawad IPD hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menambah PDRM juga berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang membabitkan pelaksanaan latihan anggota PDRM yang akan bertugas sepanjang tempoh PRU nanti.

“Bagi menghadapi Pilhan Raya Umum ke -15, kesiapsiagaan pegawai anggota IPD Kuching turut diambil perhatian dimana mereka perlu menjalankan tugas dengan profesional bagi mengelak implikasi negatif yang mampu mencemarkan imej PDRM.

“Dalam perkara ini, pihak IPD Kuching melalui bahagian ketenteraman awam dan cawangan latihan di bawah bahagian pengurusan telah dan sedang merancang latihan dalam perkhidmatan (LDP) yang sesuai bagi memantapkan pengetahuan, tanggungjawab setiap pegawai anggota yang terlibat serta bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah akta pilihan raya 1954 dan lain-lain peruntukan undang-undang di dalam melaksanakan penugasan sepanjang PRU nanti,” tambahnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan