Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui tentang Seni Kita, mereka boleh melayari laman instagram Seni Kita (@senikitakch). Foto TVS

Pasar Seni Kita, platform penggiat seni berkarya

BySalasiah Safian
KUCHING, 26 Sept: Mempelbagaikan konsep bagi setiap penganjuran pameran seni bagi mengelakkan para pengunjung muak, jemu dan bosan.
 
Pengarah Eksekutif HAUS KCH, Syed Rusydie, melihat, ia antara lain bagi memberi peluang kepada setiap penggiat seni mengetengahkan bakat seni yang ada.
 
“Perkara terbaik tentang Pasar Seni Kita ialah ia terbuka kepada peserta untuk menentukan tema mereka.
 
Teras utama adalah seni. Bergantung kepada jenis seni itu, ia seumapana kita melakukan uji kaji, berjaya dan orang akan menyukainya.
 
Bagi konsep kali ini, kita membuat lebih banyak karya seni melibatkan keluarga dan kanak-kanak, berkolaborasi dengan lebih banyak institusi seni dan juga mengadakan pameran ibu dan anak perempuan yang diyakini mendapat sambutan memberangsangkan,” ujarnya kepada TVS semasa pameran Seni Kita di Kuching yang diadakan baru-baru ini.
 
Mengulas mengenai Pasar Seni Kita yang akan diadakan pada bulan Oktober nanti, penganjurannya kali ini dijangkakan lebih menarik dengan konsep tatu badan yang akan diketengahkan.
 
 
“Akhir sekali, 21, 22 dan 23 (Oktober) adalah hujung minggu Seni Kita yang kedua, dan kita ada pameran tatu di sini yang julung kali diadakan.
 
 
Tidak pernah dibuat, seni tatu oleh artis tatu. Konsep ini sering selalu diguna pakai di luar negara, tetapi di Kuching ini pertama kali dan belum pernah dibuat
 
 
Pameran tatu itu kelak bakal disertai kurator tatu terkenal, Reef. B dan Nagaya, artis terpilih serta peserta-peserta lain yang bekerja dengan Rakta Dhatu Tatu,” ujarnya lagi.
 
 
Pasar Seni kita yang diadakan pada setiap hujung minggu terpilih mengumpulkan para penggiat seni di seluruh Kuching bagi mempamerkan karya serta menjalankan aktiviti-aktiviti seni menarik.
 
 
Bagi yang berminat untuk mengetahui tentang Seni Kita, boleh layari laman instagram Seni Kita https://www.instagram.com/senikitakch/?hl=en  – TVS
Konsep Pasar Seni Kita kali ini, lebih banyak karya seni melibatkan keluarga dan kanak-kanak, berkolaborasi dengan lebih banyak institusi seni. Foto: Instagram @senikitakch
.
Rakta Dhatu Tatu bakal mempamerkan seni mereka pada Seni Kita Oktober depan. Foto: Intstagram @senikitakch

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan