Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tetap Berhibur Walaupun Angka COVID-19 Meningkat

KUALA LUMPUR: Walaupun kes jangkitan COVID-19 tinggi dan aktiviti hiburan masih dilarang, ada individu mengambil risiko mengunjungi sebuah pusat hiburan karaoke di Jalan Ampang untuk berhibur, sekali gus melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid  berkata seramai 93 pengunjung di pusat hiburan berkenaan ditahan dalam serbuan Op Hiburan Bersepadu tengah malam tadi.

Serbuan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju serta dibantu sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Polis Kontinjen Kuala Lumpur hasil maklumat awam.

“Hasil pemeriksaan terhadap pengunjung yang terdiri daripada 66 pelanggan warga tempatan termasuk 22 wanita dan 27 warga asing termasuk 15 wanita mendapati mereka leka berhibur tanpa menghiraukan sebarang penjarakan fizikal.

“Siasatan awal mendapati pusat hiburan ini turut beroperasi secara haram selepas lesen perniagaannya tamat pada Julai lepas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Nik Ros Azhan berkata pemeriksaan awal mendapati sebuah dewan serba guna ditempah khas dengan harga sehingga RM50,000 bersama pakej minuman keras untuk satu malam. 

Katanya, kesemua pengunjung tempatan yang ditahan dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 di bawah Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan). 
Selain itu, pihaknya turut menahan dan menyiasat semua warga asing mengikut Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen, serta menjalankan siasatan mengikut Seksyen 32 Akta Kastam dan Eksais dan Seksyen 4 (1)(b) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan.

“Setelah selesai urusan kompaun, kesemua OKK (Orang Kena Kompaun) telah diarahkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya. 

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan