Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Raja Elona Safinaz Raja Safian (barisan depan, tengah) bersama jawatankuasa Malaysia Chambers Jakarta beriltizam untuk menjadi platform yang efektif bagi ahli-ahlinya dalam bidang perniagaan mahupun sosial di era pasca pandemik COVID-19. Foto TVS

Iltizam Malaysia Chambers Jakarta untuk menjadi platform berkesan bagi peniaga Malaysia

Jakarta, 26 Sept: Malaysia Chambers Jakarta (MCJ) telah menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan untuk menentukan jawatankuasa baharu bagi penggal 2022-2024 di Dewan Serbaguna Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, yang dihadiri sekitar 90 ahli perniagaan semalam.
 
Selama tempoh perkhidmatannya nanti, presiden baharu MCJ, Raja Elona Safinaz Raja Safian, berkata beliau akan memainkan peranan sebaik mungkin untuk membantu, khusus dalam bidang perniagaan, selain mengukuhkan lagi hubungan dengan komuniti tempatan dan kerjasama dengan organisasi perniagaan di indonesia.
 
Kegemilangan MCJ, yang menjadi platform bagi peniaga Malaysia di indonesia, akan dibawa semula oleh jawatankuasa baharu yang terpilih untuk mewujudkan peluang perniagaan dan pelaburan yang lebih baik pasca pandemik COVID-19.
 
“Jadi sekarang kita telah masuk ke dalam proses endemik. Mudah-mudahan kita dapat mencapai segala objektif dan juga menghidupkan kembali MCJ sebagai satu kelab yang dapat membantu rakyat Malaysia di Jakarta, khususnya dalam bidang perniagaan dan pelaburan,” katanya ketika ditemui TVS.
 
MCJ, yang majoriti ahlinya sudah lama menetap di sini serta memahami budaya tempatan, bersedia membantu ahli perniagaan Malaysia yang berdepan dengan sebarang cabaran.
 
Sementara itu, pihak kedutaan berkeyakinan MCJ akan membantu pihak kerajaan untuk memberi nasihat, utamanya dalam isu perniagaan dan pelaburan di Indonesia.
 
“Pihak kedutaan sangat mengalu-alukan. Tentunya kita ingin lagi mengukuhkan dan merapatkan lagi kolaborasi dan kerjasama yang memberi manfaat kepada kerajaan dan rakyat Malaysia,” kata Kuasa Usaha Sementara di kedutaan Malaysia, Adlan Mohd Shaffieq. 
 
Adlan menambah, pihaknya akan terus menyokong penuh aktiviti yang membabitkan rakyat Malaysia dalam pelbagai bidang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan