Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin (tengah), bersama pencinta burung di Pertandingan Grand Old Lady Sarawak Open yang telah dianjurkan oleh Kelab Pencinta Burung Kicau (Pekicau) Miri di Coco Cabana. Foto TVS

Kicauan burung memikat pencinta haiwan

MIRI, 26 Sept : Pertandingan Grand Old Lady Sarawak Open telah dianjurkan oleh Kelab Pencinta Burung Kicau (Pekicau) Miri di Coco Cabana pada hari ini bagi para penggemar burung.
 
Seramai 250 penggemar burung menyertai pertandingan tersebut dari seluruh Sarawak, seperti Kuching, Sri Aman, Seratok, Belaga, Balingian, Mukah, Bintulu, Sibu dan sekitar Miri.
 
Para peserta yang ditemubual TVS menyatakan mereka begitu berminat dengan burung kerana suaranya yang menarik dan unik.
 
Erwin Geoffry, 41, memberitahu minatnya terhadap berbagai haiwan mendorongnya untuk membela burung sejak kecil lagi.
 
“Sebenarnya ini memang hobi lama dari kecil, saya memang suka dengan binatang macam burung dan binatang lain,” katanya.
 
Dianne Brodie, 35, pula menyukai suara kicauan burung kerana merasakan bahawa ia adalah satu kaedah terapeutik yang menenangkan jiwanya.
 
“Kami rasa suara burung ini sangat terapeutik. Bayangkan anda pulang dari kerja dan anda mendengar suara burung berkicau, itu membuat anda seperti berada di hutan,” katanya.
 
Kennedy Hillary Chili, 27, merasakan suara burung yang unik boleh dilatih untuk meniru suara burung yang berbeza.
 
“Yang uniknya adalah burung saya dilatih untuk meniru suara burung lain. Contohnya meniru suara burung kenari, burung ‘lovebird’, cililin, kapal setembak.
 
 “Jenis-jenis yang tiru suara ni adalah dia punya senjata untuk melawan burung lain,” katanya.
 
Presiden Kelab Pencinta Burung Kicau (Pekicau), Mohd Azahar Bujang, 40 tahun, berhasrat untuk menganjurkan pertandingan seumpamanya pada peringkat seluruh Borneo yang melibatkan pencinta burung dari Sabah, Brunei dan Kalimantan, pada masa akan datang, dengan menawarkan sebuah motosikal kepada juara. – TVS
Tags: burung, minat, Miri

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan