Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin berkata 90 peratusĀ  pesakit di Pusat Dialisis Bulan Sabit Merah Miri kini memerlukan subsidi rawatan dialisis yang melebihi kemampuan mereka. Foto TVS

Pusat Rawatan Dialisis Permyjaya dijangka beroperasi bulan depan – Kim Shin

MIRI, 25 Sept : Pusat Rawatan Dialisis Permyjaya di sini masih menunggu lesen Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum dijangka dapat beroperasi pada awal bulan depan, kata Dato Sri Lee Kim Shin.
 
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin berkata, selepas pusat berkenaan dibuka lepak, ianya dijangka dapat menampung kesesakan yang dihadapi oleh Pusat Dialisis Bulan Sabit Merah.
 
Katanya, ketika ini sebanyak 90 peratus pesakit di pusat dialisis berkenaan memerlukan subsidi rawatan yang melebihi kemampuan mereka.
 
ā€œPusat dialisis itu tidak mampu lagi untuk menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat.
 
ā€œOleh itu, kita sangat memerlukan pusat rawatan baharu di Permyjaya bagi menerima pesakit di utara Sarawak,ā€katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai Larian Amal Dynasty Hotel di sini hari ini.
 
Sementara itu ketika ditanya tentang tempoh kelulusan yang diperlukan, Kim Shin yang juga Menteri Pengangkutan Sarawak berkata, KKM dijangka akan menghantar pasukan untuk memeriksa pusat rawatan itu pada awal Oktober.
 
ā€œSelepas itu kita berharap agar akan mendapat lesen dan boleh beroperasi.
 
ā€œOleh itu, pesakit di utara Miri seperti Kuala Baram, Tudan dan Permyjaya, boleh memanfaatkan pusat rawatan berkenaan,ā€katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan