Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen P197 Kota Samarahan , Datuk Rubiah Wang, berkata sektor agrotourism merupakan salah satu sektor tarikan yang ada di Kota Samarahan. Foto TVS

Sektor agrotourism di Samarahan berpotensi untuk terus berkembang

KOTA SAMARAHAN, 25 Sept : Sektor agrotourism di daerah ini berpontensi untuk terus berkembang terutamanya dengan bantuan Kenyalang Tourism Board (KTB), kata Datuk Rubiah Wang.
 
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Samarahan berkata, ketika ini pelbagai tanaman difokuskan di sini termasuklah ladang nanas.
 
“Selain itu di kawasan ini juga terdapat banyak kebun buah seperti jambu kristal dan mangga chokanan yang turut berpotensi untuk dipakejkan sebagai sektor agrotourism,”katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Majlis Penangguhan KTB 2022 Samarahan di sini hari ini.
 
KTB telah berlangsung selama dua hari di sini dan program seterusnya akan diadakan di Mukah pada 22 Oktober dan diikuti dengan Niah pada 26 November.
 
KTB merupakan salah satu inisiatif bagi membantu industri pelancongan dan seni kreatif di Sarawak.
 
Sementara itu, Rubiah berkata, Samarahan juga dikenali sebagai hab pendidikan kerana terdapat banyak universiti dan kolej di sini.
 
“Di sini terletaknya Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Teknologi Mara (UITM) di samping kolej lain berhampiran Sungai Kuap yang telah memberi imej yang baik kepada Kota Samarahan,”katanya.
 
“Kewujudan kota ilmu di sini juga memacu ekonomi setempat termasuk menawarkan peluang pekerjaan,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan