Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menyumbang 10 buah bot gentian kaca dan enjin bagi kegunaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Sabah. Foto TVS

YaPIEM sumbang 10 bot dan enjin kepada JBPM

TAWAU, 26 Sept: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menyumbang 10 buah bot gentian kaca dan enjin bagi kegunaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Sabah.
 
Sumbangan bot yang bernilai keseluruhan sebanyak RM84,000 itu disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, dalam satu majlis di sini pada pagi semalam.
 
Idris berkata, sumbangan itu adalah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) YaPIEM untuk membantu JBPM menjalankan kerja-kerja menyelamat, terutamanya pada musim banjir.
 
“Sudah pasti tugas menyelamat ini memerlukan kapasiti aset yang besar serta mampu berfungsi dengan baik ketika diperlukan JBPM,” katanya.
 
Menurut Idris, bot itu diagihkan kepada 10 balai bomba dan penyelamat seluruh Sabah, antaranya Penampang, Beaufort, Kimanis, Kuala Penyu, Kota Marudu, Kota Belud, Beluran, Sook, Tenom dan Merotai. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan