KUCHING, 24 Sept : Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berharap agar Sarawak akan menerima ‘khabar gembira’ menerusi Pembentangan Bajet 2023 pada bulan depan.
Premier Sarawak itu berkata, pada kebiasaannya terdapat beberapa bantuan dan peruntukan akan disalurkan kepada negeri ini.
“Sudah tentu harapan kita juga besar (sempena pembentangan Bajet 2023),” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Pemasyuran Sarawak Delta Geopark di Kampung Budaya Sarawak, di sini hari ini.
Semalam, Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan turut menyuarakan harapan agar Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan untuk memberi peruntukan yang lebih besar kepada Sarawak.
Menurut Awang Tengah, ini kerana terdapat banyak projek naik taraf dan logistik perlu dilakukan di Sarawak terutamanya kawasan pedalaman. – TVS