Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir pada Majlis Pemasyuran SDGp sebagai Geotapak Kebangsaan Keenam di Malaysia, di Kampung Budaya Sarawak, hari ini. Foto TVS.

Kerajaan Persekutuan optimis Sarawak Delta Geopark akan tersenarai di bawah UNESCO

ByOdleen Catherny

KUCHING, 24 Sept : Kerajaan Persekutuan optimis Sarawak Delta Geopark (SDGp) mampu disenarai sebagai geotapak global Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Sarawak memenuhi kriteria gelaran tahap itu kerana SDGP mempunyai nilai yang tinggi membabitkan aspek arkeologi, sejarah, kebudayan dan juga unsur-unsur alam semula jadi.

“Tahun depan, saya berharap Kinabalu Geopark akan dapat dinaik taraf kepada geotapak global UNESCO. Seterusnya giliran Sarawak pula. Ini misi saya.

“Ke arah itu, kita perlu melaksanakan kajian sehingga sampai ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pemasyuran SDGp sebagai Geotapak Kebangsaan Keenam di Malaysia, di Kampung Budaya Sarawak, hari ini.

Yang turut hadir, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar negeri, Datu Len Talif Salleh.

Takiyuddin berkata, pengiktirafan SDGp di peringkat UNESCO kelak akan mengukuhkan status Sarawak sebagai hab geo pelancongan sekaligus meningkatkan ekonomi tempatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan