Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Azizul Adenan menyampaikan cenderamata kepada Abdul Karim pada Majlis Perasmian Regatta Batang Kayan 2002 di Lundu.

“Warming up” bagi Regatta Sarawak pada Oktober

LUNDU, 25 Sept : Majlis Perasmian Pesta Regatta Batang Kayan 2022, yang berlangsung dari 23 hingga 25 September, telah disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Ketika ditemui pemberita selepas perasmian tersebut pada Jumaat, Abdul Karim berkata pasukan yang menyertai Regatta Batang Kayan boleh menjadikannya sebagai persediaan bagi Regatta Sarawak yang akan diadakan pada Oktober akan datang.

“Saya percaya Regatta Batang Kayan ini akan menarik ramai pemilik bot untuk ‘warming up’ dan sekaligus dapat melihat tahap keupayaan mereka sebelum acara utama di Kuching nanti,” katanya.

Tambah beliau, pesta ini dapat juga mempromosikan pelancongan di daerah Lundu di samping meningkatkan aktiviti sosioekonomi bagi penduduk tempatan.

“Saya dapat melihat sedikit sebanyak yang akan memberikan keceriaan, kerana banyak juga jualan yang ada di sini.

“Hari jumaat merupakan hari permulaa, dan penutup akan diadakan pada Ahad.

“Tiga hari ini merupakan acara yang diadakan di Lundu siang dan malam,” katanya lagi.

Dalam pada itu, majlis turut menyaksikan Penyerahan Memorandun Persefahaman (MoU) oleh Yast Group kepada 10 rakan strategik pelancongan di daerah Lundu.

Turut menghadiri Perasmian Pesta Regatta Batang Kayan 2022 adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan . – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan