JAKARTA, 24 Sept : Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud menggegarkan Meulaboh, Aceh kira – kira pukul 3.52 pagi tadi waktu tempatan.
Menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia, gempa itu dikesan pada kedudukan 45 kilometer (km)Â pantai selatan pada kedalaman 53 km.
Jurucakap agensi itu, Suko Prayitno berkata, gempa yang berlaku adalah gempa bumi cetek akibat aktiviti subduksi plat Indo-Australia kepada plat Eurosia.
“Sehingga kini terdapat laporan berlaku kerosakan kecil namun tiada mangsa terjejas selain gegaran tidak membawa ancaman tsunami,”katanya.
Pada 2004, Acheh dilanda gempar bumi besar berukuran 9.0 magnitud yang menyebabkan berlaku tsunami yang turut menjejaskan Malaysia, Thailand, Sri Lanka, India dan beberapa negara di Afrika.
Lebih 300 000 dilaporkan maut manakala ribuan masih hilang akibat kejadian itu. -TVS