Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Adissadikin Ali hadir Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan RHB Islamic Bank Bhd kepada Tabung Baitulmal Sarawak yang disaksikan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto TVS

Dua sekolah tahfiz terima wakaf RM500 ribu naik taraf bangunan

KUCHING, 23 Sept : Rumah Wakaf Habibah di sini dan Akademi Tahfiz Hidayatul Quran Annur, Sibu menerima wakaf sebanyak RM500,000 daripada RHB Islamic Bank Bhd yang diserahkan melalui Tabung Baitulmal Sarawak (TBS).

Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic Bank Berhad, Datuk Adissadikin Ali berkata, dana itu merupakan hasil kutipan daripada pelanggan mereka sejak dua tahun lepas.

“Kami amat berbesar hati dengan kutipan dana wakaf daripada orang awam untuk dimanfaatkan oleh rumah wakaf dan akademi tahfiz yang memanfaatkan seramai 110 asnaf,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan RHB Islamic Bank Bhd yang disaksikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini.

Penyerahan zakat dan wakaf itu telah disampaikan kepada Yang Di-Pertua Majlis Islam Sarawak, Datu Misnu Taha yang mewakili TBS.

Menurut Adissadikin, agihan zakat perniagaan tersebut adalah sebahagian daripada jumlah keseluruhan zakat perniagaan bank berkenaan yang diagih kepada pihak berkuasa Agama Islam di seluruh negara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan