KUCHING, 22 Sept : Perenang muda Sarawak, Kelly Teo Yao sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila merangkul pingat emas dalam acara 400 meter (m) gaya bebas wanita hari ini.
Kelly Teo yang semalam menggegarkan Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil apabila meraih emas pertamanya berjaya mengekalkan renangan bertenaga petang ini.
Baca artikel berkaitan > > > SUKMA : Kelly Teo lakukan renangan emas untuk Sarawak
Perenang itu merekodkan 4 minit 31.92 saat sekaligus menewaskan atlet Johor, Ong Yong Qi dengan masa 4 minit 32.36 saat.
Pingat gangsa pula diraih Hooy Jia Yee dari Pulau Pinang. – TVS