Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi menerusi Lembaga Koko Malaysia (LKM) sedang melaksanakan projek membuka ladang koko baharu dan penanaman semula tanaman itu di seluruh Malaysia yang turut melibatkan Sarawak. Foto TVS.

Kawasan seluas 150 hektar di Sarawak dibangunkan dengan tanaman koko

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 22 Sept : Sarawak dipilih sebagai antara lokasi bagi projek ladang koko baharu yang dilaksanakan oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi menerusi Lembaga Koko Malaysia (LKM).

Timbalan Menterinya, Datuk Willie Mongin berkata,empat kawasan di negeri ini telah dikenal pasti untuk melaksanakan projek pertanian berkenaan.

“Di Sarawak kawasan yang terlibat ialah Puncak Borneo,Samarahan,Julau dan Sarikei. Kementerian merancang kawasan seluas seribu hektar di seluruh Malaysia dan 150 hektar daripadanya adalah di Sarawak,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Siri Pertama Kursus Pelatih Super Koko (PSK) peringkat negeri Sarawak di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Willie berkata, empat kawasan berkenaan dipilih kerana mempunyai tanah yang sesuai untuk mengusahakan tanaman berkenaan.

Menurut Willie, projek penanaman koko di Sarawak telah bermula dan beberapa lagi kawasan akan dibangunkan pada tahun depan.

Ujar Willie, pihaknya menyasarkan projek penanaman koko seluas 700 hektar kawasan di seluruh Malaysia selesai dibangunkan menjelang 2023.

Katanya, projek berkenaan merupakan perintis kepada lebih banyak penglibatan petani untuk penanaman koko pada masa hadapan.

Sementara itu, kursus selama empat hari yang berakhir hari ini melibatkan penyertaan seramai 40 peserta.

Antara objektifnya adalah bagi memperkenalkan para peserta kepada pemuliharaan tanaman koko.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan