Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Program Penjagaan Kesihatan Gigi 2022 anjuran Persatuan Orang Pekak Sarawak wujudkan ruang interaksi dalam komuniti. Foto: Persatuan Orang Pekak Sarawak

Persatuan Orang Pekak Sarawak anjur program penjagaan kesihatan gigi

KUCHING, 22 Sept : Persatuan Orang – Orang Pekak Sarawak akan menganjurkan Program Penjagaan Kesihatan Gigi dengan kerjasama Klinik Pergigian Batu Kawah.

Program yang dijadual berlangsung pada 24 September ini bertujuan untuk membangunkan komuniti pekak di Sarawak.

“Program ini diharap dapat mewujudkan ruang interaksi membabitkan petugas barisan hadapan dengan komuniti pekak selain memberi pendedahan tentang tahap kesihatan gigi yang maksimum kepada golongan sasar,”jelas persatuan itu menerusi kenyataan media.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Beatrice menerusi aplikasi WhatsApp di talian 016-685 0061 atau berhubung dengan Pegawai Komuikasi Khas, Lorraine Mitchelle Dores di talian 013-257 0279. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan