Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bangkai sebuah lagi jengkaut yang dipercayai tertimbus dalam insiden runtuhan kuari pada Mac lepas di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat. Foto: BERNAMA

Bangkai jengkaut kedua ditemukan petang Selasa

IPOH, 21 Sept: Bangkai sebuah lagi jengkaut yang dipercayai tertimbus dalam insiden runtuhan kuari pada Mac lepas di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat petang semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Muhamad Shahrizal Aris berkata bangkai jengkaut itu ditemukan pada kira-kira 5.02 petang dan Unit Anjing Pengesan (K9) telah digerakkan ke lokasi penemuan.

Baca artikel berkaitan >>>>> Cebisan tulang, baju ditemukan di lokasi pekerja kuari dikhuatiri tertimbus

“Bagaimanapun, kedudukan mangsa kedua masih belum diperoleh dengan tepat disebabkan timbunan batu yang besar di atas jengkaut tersebut.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dihentikan pada 7 malam dan akan bersambung esok pada 8 pagi,” menurutnya dalam kenyataan ringkas di sini semalam.

Beliau berkata seramai 14 pegawai dan anggota dari Bahagian Operasi JBPM negeri serta Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai menyertai operasi itu dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia serta Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Perak.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak Azmi Osman berkata cebisan tulang dan baju serta bangkai jengkaut ditemukan pasukan SAR pada 11.45 pagi semalam.

Dalam kejadian pada 8 Mac lepas, dua pekerja kuari yang dikenali sebagai Itam Lasoh, 43, dan Kheow Loo Siew Soon, 49, dipercayai tertimbus runtuhan batu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan