Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Musayyar menebus kekecewaan acara trio apabila raih emas acara beregu campuran SUKMA hari ini. Foto: Firdaus Ismail (TVS)

SUKMA: Sarawak ‘sapu’ emas dan gangsa boling beregu campuran

ByElani Rosllan

KUCHING, 20 Sept : Buat hari ketiga berturut-turut, pasukan boling Sarawak menghadiahkan emas kepada kontinjen Bumi Kenyalang pada Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-20 Kuala Lumpur.

Hari ini giliran Nur Aina Kamalia Abdul Ayub dan Musayyar Khalid memastikan Ibu Pertiwi berkumandang di Pusat Boling Megalanes, Bandar Sunway apabila muncul juara acara beregu campuran.

Gandingan itu melengkapkan enam permainan dengan catatan 2,424 jatuhan pin sekaligus menewaskan wakil Wilayah Persekutuan, Najwa Nazirah Mohd Amir dan Muhammad Hazim Hanafiah dengan jumlah 2421.

Baca artikel berkaitan > > > SUKMA : Hayunan emas Lavinia dan Nur Hazirah gegarkan gelanggang boling 

Satu lagi duo Sarawak, Nur Hazirah Ramli dan Abang Afiq Yazid Abang Azman pula membawa pulang gangsa dengan 2,395 jatuhan pin.

Sebanyak 68 pasangan menyertai acara berkenaan.

Setakat ini boling menghadiahkan tiga emas, satu perak dan satu gangsa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan