Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Cebisan tulang dan baju serta bangkai jengkaut ditemukan hari ini di lokasi dua pekerja kuari yang dikhuatiri tertimbus pada Mac lepas di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.

Cebisan tulang, baju ditemukan di lokasi pekerja kuari dikhuatiri tertimbus

IPOH, 20 Sept: Cebisan tulang dan baju serta bangkai jengkaut ditemukan hari ini di lokasi dua pekerja kuari yang dikhuatiri tertimbus pada Mac lepas di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak Azmi Osman berkata bangkai jengkaut itu ditemukan pasukan pencari dan penyelamat melibatkan pihaknya, polis dan juga pasukan Jabatan Mineral dan Geosains pada 11.45 pagi tadi manakala cebisan tulang dan baju ditemukan kira-kira setengah jam kemudian.

“Bangkai jengkaut serta cebisan baju tulang dan baju pada kedalaman 10 hingga 15 kaki (3.05 hingga 4.6 meter) pada jarak titik pencarian sebelum ini.

Cebisan tulang dan baju yang ditemukan itu masih belum dapat dipastikan milik siapa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian pada 8 Mac lepas, dua pekerja kuari yang dipercayai tertimbus runtuhan batu dikenali sebagai Itam Lasoh, 43, dan Kheow Loo Siew Soon, 49.

Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati kerja-kerja pencarian sedang dijalankan oleh pasukan mencari dan menyelamat ketika ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan