Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) vice president Datuk Dr. Annuar Rapaee. Pix: TVS.

Peruntukan kerajaan Sarawak RM750,000 biayai yuran pengajian 50 pelajar B40 di UTS

SIBU, 20 Sept: Kerajaan Sarawak bersetuju menyediakan peruntukan tambahan RM750,000 bagi membiayai yuran pengajian 50 pelajar lagi dari keluarga golongan B40, untuk melanjutkan pengajian selama empat tahun di Universiti Teknologi Sarawak (UTS) pada tahun ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Innovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Dr Annuar Rapa’ee berkata dengan tambahan peruntukan tersebut, pelajar berkenaan yang datang dari seluruh negeri itu kini berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat institusi pengajian tinggi.

Beliau berkata berikutan 100 kuota yang diperuntukkan sebelum ini bagi golongan B40 sudah penuh, 50 pelajar berkenaan tidak dapat diterima tetapi beliau sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UTS, telah berjumpa dengan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk membolehkan mereka belajar di universiti itu.

“Premier (Abang Johari), beliau bersetuju menambah peruntukan RM750,000 untuk membiayai pengajian selama empat tahun pelajar-pelajar berkenaan,” katanya ketika berucap pada Seminar Zakat Peringkat Bahagian Sibu, yang dianjurkan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) di Kompleks Islam Sarawak di sini hari ini.

Beliau yang juga ADUN Nangka berkata walaupun UTS merupakan universiti swasta milik Kerajaan Sarawak, namun yuran pengajian yang dikenakan adalah setaraf dengan yuran institusi pengajian tinggi awam.

Dr Annuar berkata semasa beliau mula dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah UTS pada Disember 2020, jumlah pelajar dari keluarga golongan B40 yang melanjutkan pengajian di universiti itu tidak sampai 10 peratus, berikutan yuran pengajian yang agak tinggi.

Susulan itu beliau telah memohon kepada Abang Johari supaya yuran pengajian untuk anak-anak Sarawak yang melanjutkan pengajian  di universiti itu, dikurangkan sebanyak 50 peratus dan telah dipersetujui.

“Saya cukup bangga dengan UTS hanya yang satu-satunya IPTS pertama milik Kerajaan Sarawak di Sarawak berada di Sibu, tapi apa guna (Kerajaan) membina universiti berbilion ringgit tapi orang miskin tidak dapat melanjut pengajian di universiti itu,” katanya.

Sehubungan itu beliau memohon TBS, untuk menghulur bantuan kepada pelajar-pelajar dari keluarga asnaf di Sarawak yang hendak melanjutkan pengajian di UTS bagi membolehkan lebih ramai pelajar dari golongan asnaf di negeri itu, berpeluang melanjutkan pengajian di universiti itu.

Sementara itu, Dr Annuar berkata satu kajian menyeluruh berhubung keperluan peniaga-peniaga Bumiputera di bandar itu untuk meningkatkan perniagaan mereka sedang dijalankan dan akan diserahkan kepada TBS apabila siap nanti untuk tindakan lanjut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan