SIBU, 19 Sept: Keseronokan tiga sekawan yang bermandi-manda di tebing sungai bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka, yang merupakan pelajar lelaki Tingkatan Satu, dikhuatiri lemas berhampiran Feri Tanjung Maling, Sungai Bidut, dekat sini pada petang semalam.
Â
Kejadian itu disedari selepas dua rakan mangsa naik ke tebing dan mendapati mangsa tidak timbul dari sungai sekitar jam 5.00 petang.
Â
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah, Timbalan Penguasa Bomba Abdul Mutalif Ja’afar berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada jam 6.07 petang.
Â
“Mangsa dikenali sebagai Tan Chung Uun, 13, disedari tidak timbul oleh salah seorang rakannya selepas dua daripada mereka berjaya naik ke tebing sekitar jam 5.00 petang itu,” katanya ketila dihubungi TVS hari ini.
Menurut Abdul Mutalif, pasukan yang terdiri daripada 15 anggota bomba telah dikerahkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi pencarian sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu.
Â
Beliau menambah, pihak bomba telah bertindak turun ke sungai untuk memulakan pencarian menggunakan kaedah pencarian ‘water surface searching’ dalam radius 100 meter daripada lokasi mangsa dikatakan tenggelam.
Keadaan paras air sungai yang surut dan arus deras menyukarkan kerja-kerja pencarian di lokasi.
“Mangsa gagal ditemui dan operasi pencarian hari pertama telah ditangguhkan pada jam 7.05 petang semalam,” katanya.
Abdul Mutalif berkata usaha pencarian diteruskan pada hari ini di lokasi kejadian tetapi tiada sebarang petunjuk ditemukan hingga jam 3.00 petang tadi. – TVS