KUCHING, 19 Sept: Seorang lelaki dipercayai dibaham buaya ketika sedang memancing di Kampung Buaya, Bintulu semalam.
Ketua Balai Bomba Samalaju Alvines berkata mangsa Hermanto, berumur dalam lingkungan 40 tahun dilaporkan telah diserang buaya dalam kejadian 10.30 malam tadi.
“Pihak bomba terus ke lokasi kejadian dan mendapat maklumat mengenai kejadian daripada rakan mangsa yang bersama-sama memancing, ketika memancing mangsa berada satu kaki dari tebing sungai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Alvines dalam pada itu berkata pasukan bomba sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian serta operasi mencari mangsa akan disambung pada hari ini. -TVS