Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lavinia terkejut meraih pingat emas acara perseorangan wanita SUKMA 2022 di Petaling Jaya di sini hari ini. Foto Firdaus Ismail (TVS)

SUKMA : Sasar ‘top 10’ namun Lavinia menang emas untuk Sarawak

PETALING JAYA, 18 Sept : Lavinia Kho Jia Jie yang meraih emas perseorangan wanita Sukan Malaysia (SUKMA) ke- 20 di Kuala Lumpur mengakui terkejut dengan kejayaan yang dicatatkannya hari ini.
 
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Green Road di Kuching itu berkata, dia hanya menyasarkan untuk menamatkan acara berkenaan dalam kedudukan 10 terbaik.
 
“Sebenarnya ketika hujung permainan,saya tidak sedar sedang mendahului dan agak mengejutkan apabila diberitahu menang emas,” katanya kepada pemberita selepas permainan.
 
Lavinia mendahului tiga permainan awal apabila melakukan 256,254,208 namun dipintas oleh pemain Selangor,Nur Nais Falinesa Ismail pada permainan keempat dan kelima.
 
Emas dan perak untuk Sarawak menerusi Lavinia Kho dan Nur Hazirah Ramli di Sunway Megalanes, Petaling Jaya di sini hari ini.
 
Memasuki permainan terakhir, Lavinia menjatuhkan 201 pin untuk catatan keseluruhan 1,271 manakala rakan sepasukannya, Nur Hazirah Ramli menewaskan pencabar Selongor itu pada frame terakhir untuk memastikan penamat satu dua buat Sarawak.
 
“Selepas game keempat yang rendah dengan hanya 137 pin, saya tidak melihat keputusan yang dipamerkan dan hanya fokus kepada permainan,” katanya.
 
Ditanya tentang saingannya, Lavinia memberitahu, dia sebenarnya menjangkakan saingan sengit daripada rakan sepasukannya, Gillian Lim yang juga pemain boling kebangsaan.
 
Sementara itu, Ketua Jurulatih Sarawak, Angelo Koay memuji ketenangan dipamerkan Lavinia yang kali pertama beraksi pada SUKMA.
 
“Saya rasa gembira dengan pemainan yang ditunjukkan olehnya.
 
“Memasuki acara seterusnya, saya berharap Sarawak mampu menang sekurang-kurangnya lima pingat emas untuk mencerahkan peluang kami mempertahankan kejuaraan keseluruhan.
 
“Bagaimanapun kali ini tidak mudah kerana pasukan lain menunjukkan peningkatan mendadak selain acara dikurangkan,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan